SEMINAR PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT TAHUN 2024 : MEMPERKUKUH STRATEGI DAN PROFESIONALISME PERTAHANAN NEGARA

SABAH, 30 Dis 24 - Seminar Pegawai Kanan Tentera Darat Tahun 2024 telah dilaksanakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Disember 2024 dan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan.
 
Seminar yang menghimpunkan Panglima-Panglima serta Pegawai Kanan TD bagi membincangkan strategi, kepimpinan dan kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan. PTD dalam ucapannya menekankan beberapa garis panduan kepada semua Pegawai Kanan yang hadir untuk diterapkan dalam pentadbiran bagi tahun 2025 dan peri pentingnya bagi barisan pemerintah menunjukkan tauladan yang baik.
 
Seminar ini turut menjadi wadah dan medium bagi melontar serta mencurahkan idea-idea baharu bagi memacu kecemerlangan organisasi pada tahun 2025. Seminar Pegawai Kanan Tentera Darat Tahun 2024 ini berakhir dengan sesi rumusan dan resolusi oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim yang turut menekankan perlunya inovasi berterusan serta pendekatan strategik dalam memperkukuhkan organisasi TDM.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia