Profil | Kategori Pangkat
Terdapat 17 susur galur pangkat dalam TDM bermula daripada Prebet sehingga ke Jeneral yang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kumpulan Pegawai dan kumpulan Lain-lain Pangkat (LLP).
(1) Kumpulan Pegawai. Kumpulan ini bermula daripada Leftenan Muda hingga ke Jeneral dan terbahagi kepada tiga kelompok iaitu Kumpulan Pegawai Kanan, Pegawai Medan dan Pegawai Muda.
Kumpulan Pegawai : Pegawai Kanan
Bermula daripada Leftenan Kolonel, Kolonel, Brigedier Jeneral, Mejar Jeneral, Leftenan Jeneral dan Jeneral.

Jeneral

Leftenan Jeneral

Mejar Jeneral

Brigedier Jeneral

Kolonel

Leftenan Kolonel
Kumpulan Pegawai : Pegawai Medan
Terdiri daripada pegawai berpangkat Mejar.

Mejar
Kumpulan Pegawai : Pegawai Muda
Bermula daripada Leftenan Muda, Leftenan dan Kapten.

Kapten

Leftenan

Leftenan Muda
Kumpulan : Pegawai Tak Tauliah (PTT) Kanan
Bermula daripada Sarjan, Staf Sarjan, Pegawai Waran II dan Pegawai Waran I.

Pegawai Waran I

Pegawai Waran II

Staf Sarjan

Sarjan
Kumpulan : Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah
Bermula daripada Lans Koperal dan Koperal.

Koperal

Lans Koperal
Prebet. Tidak mempunyai pangkat.