KAWALAN SEMPADAN NEGARA DIPERKUKUH

SABAH, 31 Dis 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad telah merasmikan Pos Felda Selatan, Kalabakan, Sabah pada hari ini.
 
Pos Felda Selatan merupakan salah satu daripada beberapa pos kawalan yang dibina untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan tanah air. Pembinaan pos-pos ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara kekal terpelihara.
 
Anggota-anggota TDM yang ditugaskan di pos-pos kawalan di seluruh negara melaksanakan operasi 24 jam senari, 7 hari seminggu bagi memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terjamin.
 
Perasmian Pos Felda Selatan oleh PTD ini menunjukkan komitmen berterusan TDM dalam memperkukuhkan pertahanan negara dan memastikan keselamatan rakyat terpelihara.
 
Turut mengiringi adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat (PTD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Dato' Haji Noorrul Azril bin Ariffin, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS SM), Mejar Jeneral Dato' Norsham bin Md Tap, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (AKS OPLAT), Mejar Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (AKS P&P), Mejar Jeneral Dato' Ahmad bin Abdu Bakat dan Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Hashim bin Osman.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia