
SARAWAK, 13 Dis 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mengadakan Kunjungan Hormat keatas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching, Sarawak pada hari ini.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan kerajaan negeri Sarawak dalam usaha menjaga kedaulatan serta keselamatan negeri. Dalam pertemuan tersebut, PTD turut berkongsi perkembangan terkini berkaitan usaha Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sarawak, khususnya dalam aspek pengawasan sempadan dan program pembangunan komuniti.
Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi menyatakan penghargaan terhadap komitmen TDM dalam memastikan keselamatan negeri Sarawak terpelihara, terutamanya di kawasan pedalaman dan sempadan yang strategik. Beliau juga menzahirkan sokongan penuh terhadap inisiatif dan usaha ATM dalam memperkukuh pertahanan negara.
Turut hadir Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima 1 Divisyen (Mejar Jeneral Dato' Khairul Anuar bin Abd Aziz serta Pegawai-pegawai Kanan TDM.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

