PTD SANTUNI ANGGOTA KAD KURANG BERNASIB BAIK

GEMAS, 1 Nov 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Datin Wira Hartiah Binti Hamzah berkesempatan untuk menyantuni anggota dan ahli keluarga warga Kor Armor Diraja (KAD) yang menghidap penyakit kronik di Kem Syed Sirajuddin, Gemas hari ini.
 
Lawatan Kebajikan berserta penyampaian sumbangan ini mempamerkan keperihatinan pucuk pimpinan tertinggi TD dan peranan BAKAT terhadap kebajikan warga TD dan sebahagian dari agenda bersempena Majlis Pemakaiaan Pangkat Perdana Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KAD.
 
Seramai 15 orang anggota dan ahli keluarga yang menghidapi pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kanser, kegagalan buah pinggang tahap 5, saluran hati tersumbat dan pelbagai lagi berpeluang bertemu mata 3bertemu dengan pucuk pimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM) dan BAKAT Darat bagi berkongsi tentang beban yang ditanggung mereka.
 
Tentera Darat Malaysia sentiasa peka dan cakna mengenai kebajikan seluruh warga TDM terutama yang kurang bernasib baik.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia