PENYERAHAN SUMBANGAN KOTAK REZEKI KEPADA WARGA TENTERA DARAT

SABAH, 31 Okt 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Penyerahan Sumbangan Kotak Rezeki oleh Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng kepada warga Tentera Darat dan Staf Awam MINDEF bertempat di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi pada 30 Oktober 2024.
 
Sumbangan Kotak Rezeki ini diharapkan dapat meringankan beban Warga Tentera Darat dan Staf Awam MINDEF di Sabah dalam menghadapi cabaran harian. Selain itu, Markas Tentera Darat juga menerima sumbangan daripada yayasan ini untuk tujuan kebajikan Warga Tentera Darat. Ini menunjukkan komitmen untuk menyokong dan membantu mereka yang berkhidmat demi negara.
 
Sumbangan ini juga merupakan tanda penghargaan berterusan kepada Tentera Darat, khususnya kepada warga 5 Divisyen dan Staf Awam MINDEF di Sabah. PTD menekankan pentingnya Tentera Darat untuk sentiasa prihatin dan cakna terhadap kebajikan anggotanya, memastikan mereka mendapat sokongan yang diperlukan dalam menjalani tugas dan cabaran harian.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia