
AMERIKA SYARIKAT, 11 Okt 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC) di Fort Leavenworth, Kansas, USA pada 11 Oktober 2024.
Penganugerahan yang diterima oleh PTD ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana PTD merupakan rakyat Malaysia yang ketiga dalam lipatan sejarah yang telah dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC selepas Jeneral Tan Sri Dato’ Md Hashim bin Hussein (B) (PTD Ke-18) dan Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohd Shahrom bin Dato’ Haji Nordin (B) (PTD Ke-19).
Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain merupakan alumni USACGSG pada tahun 2001. Turut hadir ialah Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah. Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di atas pencapaian tersebut.

