
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menghadiri Program Minggu Bersama Pencarum Jelajah Selatan 2024, Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Dewan Serbaguna Kem Syed Sirajuddin, Gemas hari ini.
Antara pengisian program termasuklah perkongsian pengalaman dan motivasi dua veteran yang bejaya memulakan peniagaan dengan bantuan LTAT dalam sesi bual bicara bertajuk 'Inspirasi Veteran ATM'. Majlis juga turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal Yamaha LC 135cc.
Seramai 5 pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut menerima Chrome Book sumbangan BHPetrol bagi memudahkan mereka mengikuti kelas secara atas talian dengan kerjasama UPSI.
PTD turut menyampaikan sumbangan LTAT kepada seramai 10 penerima terdiri daripada pesakit kronik dari kalangan warga tentera dan keluarga mereka.
Terdahulu PTD turut berkesempatan menyaksikan BHPetrol Titan Challenge yang dimenangi oleh Pbt Zulfaqar bin Zaaba daripada Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja.
Turut hadir adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS SM), Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap, Ketua Eksekutif LTAT, Encik Mohammad Ashraf bin Md Radzi serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat dan warga Kem Syed Sirajuddin.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

