MINGGU BERSAMA PENCARUM JELAJAH SELATAN 2024

JOHOR, 6 September 24 -  Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan mengiringi Menteri Pertahanan (MENHAN), YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin sempena Program Minggu Bersama Pencarum Jelajah Selatan 2024 di Kem Mahkota, Kluang, Johor pada hari ini.
 
Antara pengisian program adalah sesi bual bicara bersama MENHAN yang disertai oleh moderator jemputan, En Hafizul Kamal. Majlis juga turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motorsikal Yamaha LC 135cc.
 
Majlis diteruskan dengan Pelancaran Buku Laporan Pencarum LTAT 2023 – “Demi Wira Kami” yang buat julung kalinya diterbitkan oleh LTAT khusus untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia. Buku laporan ini memberi hebahan maklumat berkenaan peranan dan faedah yang disediakan oleh LTAT khusus kepada anggota ATM dan keluarga mereka serta ianya turut memaparkan komitmen dan kesungguhan LTAT untuk meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi warga ATM.
Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Isham bin Ishak, Pengerusi LTAT, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM (Bersara) serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat dan warga Kem Mahkota.
#TenteraDaratMalaysia
 
#GagahSetia