PANTANG MUNDUR TETAP MARA, UKMHK TD TAHUN 2024 MELABUHKAN TIRAI

SUNGAI BESI, 28 Okt 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Penutup UKMHK Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2024 di Lapang Sasar B, Kem Perdana Sungai Besi hari ini.
 
UKMHK Peringkat TD Tahun 2024 telah berlangsung pada 17 Oktober yang lalu bertujuan untuk menguji daya ketahanan mental dan fizikal selain membina keyakinan diri dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan yang terbaik di kalangan pegawai dan anggota pelbagai peringkat.
 
UKMHK TD merupakan acara dwi tahunan dan pada tahun 2024 ini, Trup Tentera Darat 2 yang terdiri daripada 21 Grup Gerak Khas dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) telah merangkul gelaran Juara Keseluruhan UKMHK Peringkat TD. Kejayaan ini dicapai melalui prestasi cemerlang dalam mengungguli kategori Tempur, Bantuan Tempur, dan Bantuan Khidmat.
 
PTD mengucapkan tahniah kepada semua peserta UKMHK TD atas semangat juang dan 'Esprit de Corps' yang dipamerkan. Kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh para peserta telah menjadikan acara ini satu kejayaan. Semoga semangat ini terus berkekalan dan menjadi contoh kepada yang lain. Teruskan usaha dan kecemerlangan dalam segala bidang yang diceburi.
 
Tahniah kepada semua pemenang semoga terus berusaha mengekalkan prestasi dan formasi yang kurang berjaya tingkatkan usaha untuk merangkul kejayaan pada UKMHK 2026 nanti.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia