
MELAKA, 4 Jan 25 - Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi bin Mat Wajab telah menyempurnakan Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/3/2024 di Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka, hari ini.
Seramai 4 pegawai dan 39 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berjaya mengharungi segala cabaran semasa menjalani Kursus Asas Komando kali ini. Walaupun jumlah asal penuntut seramai 198 orang, hanya 41 orang yang membuktikan diri mereka sebagai yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Panglima 21 GGK turut menyempurnakan Upacara Perbarisan Pemakaian Beret Hijau, Lanyard Biru dan Penyerahan Pisau Komando sebagai simbol keperwiraan serta kemegahan bagi pegawai dan anggota GGK.
Panglima 21 GGK mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando dan menegaskan bahawa tugas dan peranan sebagai warga GGK adalah tanggungjawab yang besar dan bermaruah. Panglima 21 GGK berharap agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan kelak.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

