MAJLIS TADBIR SUMPAH PENYERAPAN PEGAWAI PERTUGASAN SEPENUH MASA ASKAR WATANIAH KE ANGKATAN TETAP SIRI 1/2025

KUALA LUMPUR, 10 Jan 25 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Tadbir Sumpah Penyerapan Pegawai Pertugasan Sepenuh Masa Askar Wataniah Ke Dalam Angkatan Tetap Siri 1/2025 di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur pada hari ini.
 
Majlis yang julung kali diadakan pada tahun ini melibatkan seramai 44 Pegawai yang dipertugaskan sepenuh masa dari Rejimen Askar Wataniah dan diserap ke dalam Kor dan Rejimen dalam Tentera Darat Malaysia.
 
Majlis dimulakan dengan upacara tadbir sumpah dan diikuti dengan upacara pertukaran beret Rejimen Askar Wataniah ke kor-kor Tentera Darat, sebagai simbolik kepada peningkatan tahap komitmen dan kesediaan dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab di bawah naungan kor-kor tersebut.
 
PTD dalam ucapannya turut menekankan kepentingan Askar Wataniah dalam konsep pertahanan menyeluruh, serta memainkan peranan penting dalam menyokong angkatan tetap terutamanya dalam menghadapi krisis, darurat, atau peperangan.
 
Turut hadir adalah Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Mejar Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Asisten Ketua Sta Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad bin Abu Bakar, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman bin Wahab serta Pegawai - Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia