PENGHARGAAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA KEPADA STAF SARJAN MOHD NOR BIN KHALID

PUTRAJAYA, 2 Dis 24 - Staf Sarjan Mohd Noh Bin Khalid telah menerima Sijil Penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sutera, Ibu Pejabat JBPM, Lebuh Wawasan, Putrajaya pada 2 Disember 2024.
Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menjemput Staf Sarjan Mohd Noh bin Khalid untuk menerima Sijil Penghargaan atas pengorbanan beliau dalam menyelamatkan nyawa empat remaja yang terlibat dalam insiden sampan karam di Tasik Puncak Alam, Selangor pada 24 November 2024. Anugerah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad.
Tindakan berani beliau telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan menjadi contoh teladan yang menginspirasikan semangat tolong-menolong serta saling membantu tanpa mengira latar belakang. Diharapkan bahawa tindakan mulia seperti ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat, memperkukuhkan semangat perpaduan dan keprihatinan dalam kalangan kita semua.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

