KESIAGAAN TDM TERUS DIPERKASA DENGAN PEROLEHAN ASET BAHARU

KUALA LUMPUR, 25 Okt 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen hari ini.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan baharu untuk kegunaan pasukan-pasukan di bawah Tentera Darat antaranya adalah 57 unit Modular Tent, 13 unit Multi Channel Radio System (MCRS), 10 unit Multipurpose Mobile Inventory Vehicle (MMIV), 153 unit Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR), 2 unit Kenderaan Penarik dan Horse Float, 30 unit All Terrain Vehicle (ATV), Night Vision Goggle, Anti Tank 84mm Carl Gustav dan pelbagai lagi.
 
Perolehan baharu ini membolehkan anggota melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan menjadikan kesiagaan TDM di tahap yang tinggi sama ada dalam mempertahankan keselamatan negara dan juga untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.
 
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan serta Pegawai – Pegawai Kanan Tentera Darat dan wakil-wakil syarikat yang terlibat.


 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia