
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menghadiri Majlis Penganugerahan Lencana Kehormat Kejuruteraan Peluru dan Bahan Letupan anjuran Kor Ordnans Diraja. Majlis ini turut diserikan dengan Latihan Pemusnahan Peluru dan Bahan Letupan Tentera Darat Skala Besar 2024 yang diadakan di Tapak Latihan Letupan Ketenteraan (Military Ordnance Blast Ammunition Training (MOBAT), di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Penganugerahan Lencana Kehormat Kejuruteraan Peluru Kor Ordnans DiRaja (KOD) kepada Panglima Tentera Darat telah disempurnakan oleh Pengerusi KOD, Brigedier Jeneral Dato’ Hj Suhaimi bin Mat Isa dan diiringi Ketua Pegawai Teknik Peluru (KPTP), Leftenan Kolonel Mohd Noor bin Mohamed.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan, Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Ts Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato' Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS SM), Mejar Jeneral Dato' Norsham bin Md Tap, serta Pegawai Kanan TDM.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

