MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA 10 BRIGED PARA

MELAKA, 5 Februari 25 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyaksikan Serah Terima Tugas Panglima 10 Briged (Para) di antara Mejar Jeneral Dato' Khairul Azmizal bin Ahmad Natal dan Brigedier Jeneral Khairul Anwar bin Soib bertempat di Dataran Parawood, Kem Terendak, Melaka pada hari ini.
 
Bersempena dengan serah terima tugas ini turut diadakan demonstrasi tempur dari ketumbukan 10 Bgd Para melibatkan demonstrasi Menara Serbaguna, Pertahanan Udara Artileri dan Serangan Seksyen.
Seluruh warga Tentera
Darat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Brigedier Jeneral Khairul Anwar bin Soib atas kepercayaan dan amanah besar yang diberikan sebagai Panglima 10 Briged yang baharu.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia