
KUALA LUMPUR, 4 Nov 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan Isteri, Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah telah hadir ke Majlis Meraikan Mantan-Mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan bersempena Sambutan Hari ATM Ke-91 yang diadakan di Wisma Perwira ATM pada hari ini.
Kehadiran tetamu jemputan di sambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi.
Antara Mantan-Mantan Panglima Tentera Darat yang hadir dan diraikan adalah Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain (Bersara) dan Isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah bin Hj Mustapha; Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi (Bersara) dan isteri, Puan Seri Datin Seri Hj Noor Akmar Binti Yaacob; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim (Bersara); Jeneral Tan Sri Dato’ Ismail bin Hassan (Bersara); Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara) dan isteri, Puan Sri Dato' Umi Kalsom binti Wan Awang; Jeneral Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Abdul Aziz bin Hj Zainal (Bersara) dan isteri, Puan Sri Dato’ Hjh Rositah binti Hj Md Mawi.
Majlis meraikan Mantan-Mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan ini merupakan acara tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk mengenang jasa, khidmat bakti, dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Selain daripada itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sekian lama terjalin di antara mantan-mantan panglima bersama kepimpinan ATM yang masih berkhidmat.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

