LAUNGAN SELAWAT BERGEMA DI BUMI SEGAMAT

JOHOR, 2 Nov 24 - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menganjurkan Selawat Perdana Serta Malam Kesenian Islam di Sekolah Kebangsaan Kuala Paya, Segamat, Johor pada malam tadi.
 
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah turut hadir dan sempat mengunjungi beberapa booth pameran oleh MAPIM, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), dan Rejimen Askar Wataniah (RAW). Kehadiran PTD dan isteri menambah kemeriahan program bahkan ianya dapat mengeratkan hubungan antara tentera dan masyarakat serta memperkukuhkan semangat muhibbah dan kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia.
 
Program ini bertujuan menghidupkan semangat kerohanian dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk Kampung Kuala Paya dan daerah Segamat. Program pada malam tersebut juga turut diwarnai dengan persembahan kesenian Islam daripada Kumpulan Hijjaz, Far East, Haziq Rosebi serta kumpulan nasyid Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang dikenali sebagai Fursan. Inisiatif ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim dan meningkatkan kesedaran kerohanian dalam komuniti.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia