KUNJUNGAN HORMAT ADJUTANT GENERAL OF WASHINGTON NATIONAL GUARD DAN COMMANDING GENERAL OF 3RD MARINE LOGISTIC GROUP KEPADA AKS OPLAT

KUALA LUMPUR, 15 Nov 24 - Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (AKS OPLAT), Mejar Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman telah menerima kunjungan hormat daripada 𝘈𝘥𝘫𝘶𝘵𝘢𝘯𝘵 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘭 𝘰𝘧 𝘞𝘢𝘴𝘩𝘪𝘯𝘨𝘵𝘰𝘯 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘎𝘶𝘢𝘳𝘥, Major General Gent Welsh dan 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘭 𝘰𝘧 3𝘳𝘥 𝘔𝘢𝘳𝘪𝘯𝘦 𝘓𝘰𝘨𝘪𝘴𝘵𝘪𝘤 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱, Brigedier General Kevin G. Collins di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur pada hari ini.
Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk saling berkongsi pendapat dan bertukar buah fikiran dalam bidang operasi dan latihan ketenteraan. Dalam masa yang sama, memperkukuhkan hubungan diplomasi serta mewujudkan hubungan erat dalam aspek pertahanan di antara dua angkatan Tentera.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

