TDM CAKNA BERKENAAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

KUALA LUMPUR, 18 Nov 24 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Tentera Darat (JPKA TD) Bil 3/2024 telah dipengerusikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada hari ini.
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penekanan yang lebih mendalam terhadap pembentangan prestasi perbelanjaan bagi suku ketiga tahun ini. Selain daripada itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk membentangkan pencapaian sasaran prestasi yang telah ditetapkan, terutamanya dalam usaha untuk mengoptimumkan penggunaan bajet dan sumber yang ada serta mengenal pasti sebarang langkah penambahbaikan yang perlu diambil agar objektif perbelanjaan dapat dicapai menjelang penghujung tahun 2024. Fokus utama adalah untuk memastikan bahawa perbelanjaan sepanjang tahun ini adalah selaras dengan keutamaan dan matlamat organisasi serta dapat memberikan impak yang maksimum dalam mencapai hasil yang diinginkan.
 
Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Dato’ Seri Muhammad Huzaimi bin Sabri; Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar; Panglima Logistik Tentera Darat; Mejar Jeneral Dato’ Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia