KUMPULAN PERTAMA MALAYSIAN BATALION (MALBATT) 850-12 TERBANG KE LUBNAN

SUBANG, 6 Nov 24 - Menteri Pertahanan (MENHAN), YBhg Dato’ Seri Mohamed Khalid bin Nordin telah menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-12 bertempat di Pangkalan Udara Subang hari ini.
 
Sebagai simbolik kepada permulaan penugasan Kontinjen MALBATT 850-12, turut berlangsung Upacara Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Penyerahan Bendera Malaysia kepada Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Affendi bin Hj Mohd Salleh.
 
MALBATT 850-12 dianggotai oleh 82 pegawai dan 772 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) termasuk 3 pegawai dan 27 anggota LLP Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan.
 
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim mewakili Panglima Tentera Darat.
Semoga segala urusan Kontinjen MALBATT 850-12 dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah SWT. Selamat pergi dan pulang perwira dan srikandi negara.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#MALBATT850