KEBAJIKAN WARGA MENJADI KEUTAMAAN

PULAU PINANG, 7 Nov 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah, Pengerusi Jemaah BAKAT Darat menyempurnakan lawatan kebajikan di Rumah Bakat 2 Divisyen, Kem Tun Razak, Pulau Pinang pada hari ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menziarahi serta memberikan sokongan moral kepada warga TD dan keluarga mereka yang menghidap pelbagai penyakit kronik dalam memastikan kebajikan warga TD sentiasa terpelihara. Lawatan kebajikan ini mencerminkan keprihatinan pucuk pimpinan terhadap kesejahteraan warga, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga Tentera Darat Malaysia.
PTD dan isteri turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada warga dan ahli keluarga yang mengidap pelbagai penyakit dan kecederaan iaitu Sjn Mohamad Solihin bin Subari dan Kpl Mohamad Zufazrul bin Mohd Nawi yang mengalami kecederaan Spinal Cord Injury. Seterusnya sumbangan turut disampaikan kepada anak Sjn Mohamad Hafizzudin bin Hussain yang menghidap penyakit Cerebral Palsy, anak Kpl Mohamad Faridzul Hafiz bin Yahaya iaitu adik Akid Azfar bin Mohd Faridzul Hafiz yang menghidap penyakit tumor otak, isteri LKpl Muhamad Redzuan bin Wahab iaitiu Puan Qurratu’aini binti Zulkifli yang menghidap penyakit Barah Payudara dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada Puan Norpazila binti Romli, isteri kepada PW II Hamzah bin Abu Bakar yang menghidap penyakit Kanser Tiroid, Buah Pinggang, dan masalah penglihatan (Mata Rabun).
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberikan suntikan semangat kepada mereka untuk terus tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan kehidupan yang penuh cabaran.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

