KUNJUNGAN HORMAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTAHANAN KEPADA PTD
KUALA LUMPUR, 23 Okt 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU), Datuk Lokman Hakim bin Ali di Pejabat PTD, Wisma Pertahanan pada hari ini.
KSU mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi TD ini buat julung kalinya selepas secara rasminya mengambil alih tugas pada 23 September 2024 yang lalu. Kunjungan Hormat ini juga menjadi medium bagi KSU dan PTD bertukar-tukar pendapat dan pandangan masing-masing mengenai hala tuju pertahanan negara.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia