ASPIRASI PTD PEMANGKIN HALA TUJU TENTERA DARAT KE ARAH KECEMERLANGAN

PULAU PINANG, 9 Nov 24 - Meneruskan program mesyuarat hari kedua, Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Panglima Tentera Darat (JKPTD) Siri 2/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Kem Tun Razak, Pulau Pinang pada hari ini.
Mesyuarat hari ini diadakan untuk membincangkan, menyelaraskan dan mengkaji semula dasar-dasar yang berkaitan dengan aspek organisasi, pemerintahan, pentadbiran, dan pembangunan Tentera Darat Malaysia.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim; Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Dato’ Seri Muhammad Huzaimi bin Sabri; Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi; Ketua Staf Tentera Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan serta Ahli Sidang Tertinggi Panglima Tentera Darat (STPTD).
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

