ACARA 'SEND-OFF' KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUALA LUMPUR, 20 Sep 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menghadiri acara 'Send-Off' Datuk Seri Isham bin Ishak bertempat di Dataran Wisma Pertahanan pada hari ini.
 
Acara ini diadakan sebagai tanda penghargaan terakhir kepada Datuk Seri Isham bin Ishak yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Kini, beliau akan berpindah ke jawatan baru sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.
 
Sebelum meninggalkan perkarangan Wisma Pertahanan, Datuk Seri Isham telah diberi penghormatan menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama sebagai satu simbolik send off beliau atas perkhidmatannya di Kementerian Pertahanan.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Datuk Seri Isham bin Ishak atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia