TENTERA DARAT MALAYSIA SERTAI LAND POWER FORUM DAN LAND FORCES SYMPOSIUM DI TOKYO

LPF LFS

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, telah dijemput untuk menghadiri Land Power Forum (LPF) dan Land Forces Symposium (LFS) yang berlangsung di Tokyo, Jepun dari 15 hingga 19 Disember 2025. Program berprestij ini dianjurkan oleh Japan Ground Self-Defense Force (JGSDF) dan menghimpunkan kepimpinan tentera darat pelbagai negara bagi membincangkan isu keselamatan, kerjasama strategik serta cabaran keselamatan serantau dan global.

Jemputan tersebut merupakan satu pencapaian bersejarah buat Tentera Darat Malaysia apabila buat julung kalinya dijemput menyertai platform strategik bersama angkatan tentera darat kuasa utama dunia. Antara yang terlibat ialah US Army Pacific (USARPAC), Marine Forces Pacific (MARFORPAC), Tentera Darat Australia, Tentera Darat Filipina serta Kor Marin Filipina, sekali gus mengukuhkan kedudukan dan kredibiliti Malaysia di pentas pertahanan antarabangsa.

Selain itu, Panglima Tentera Darat turut dilantik sebagai panelis bagi kedua-dua acara LPF dan LFS. Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen Malaysia terhadap pendekatan deterrence through cooperation, khususnya melalui penglibatan pelbagai negara (multinational engagement) bagi memperkukuh keselamatan dan kestabilan serantau, terutamanya di kawasan Indo-Pasifik.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara