SENTUHAN KEPRIHATINAN PANGLIMA: SUMBANGAN BUAT WARGA PMTTD YANG MEMERLUKAN

kebajikan 8 dis

Majlis Sumbangan Kebajikan yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Hajah Hartiah binti Hamzah, melibatkan seramai 10 penerima sumbangan yang terdiri daripada anggota tentera, isteri anggota serta anak-anak anggota. Mereka merupakan individu yang sedang berdepan cabaran kesihatan serius, termasuk kecederaan kekal pada tulang tibia dan fibula, kecederaan mata posterior globe rupture, kecederaan saraf brachial plexus, masalah tulang belakang seperti lumbar spondylosis, TB spine pasca pembedahan yang menyebabkan paraplegia, selain penyakit kritikal seperti kanser payudara tahap tiga, penyakit tiroid, ventricular septal defect (jantung berlubang), kanser darah serta nephrotic syndrome.

Setiap sumbangan yang disampaikan oleh PTD dan Puan Sri diberikan dengan penuh empati, mencerminkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepimpinan tertinggi Tentera Darat terhadap kesejahteraan warga PMTTD. Ia memberi sinar harapan kepada para penerima serta keluarga mereka, bahawa mereka sentiasa berada dalam perhatian dan dukungan organisasi.

Majlis ini bukan sekadar penyampaian bantuan, tetapi simbolik kepada hubungan erat antara pucuk pimpinan dan warga tentera. Ia menegaskan bahawa kekuatan Tentera Darat bukan hanya terletak pada keupayaan mempertahankan negara, tetapi juga pada kepedulian mendalam terhadap nasib dan kebajikan anggota serta keluarga yang menjadi tulang belakang angkatan ini.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#DutyHonourSacrifice

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara