HUBUNGAN DAN KERJASAMA BILATERAL TENTERA DARAT MALAYSIA - SINGAPORE ARMY TERUS DIPERKUKUHKAN
SINGAPURA, 25 Ogos - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, telah menyempurnakan Lawatan Kerja Rasmi ke Singapura mulai 23 hingga 25 Ogos 2026. Lawatan ini merupakan platform strategik dalam mengukuhkan lagi kerjasama dan diplomasi pertahanan serta persahabatan berlandaskan kepentingan bersama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Singapore Army/Singapore Armed Forces.
Rangka lawatan dimulakan dengan acara penerimaan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF), sebelum PTD menyempurnakan siri Kunjungan Hormat ke atas Singaporeβs Minister for Defence, Mr Chan Chun Sing, Chief of Defence Forces - Singapore Armed Forces (SAF), Vice-Admiral Aaron Beng serta Chief of Army - Singapore Army, Major General Cai Dexian. Pertemuan strategik ini membolehkan kedua-dua pihak meneliti dinamik keselamatan serantau dan meneroka peluang memperluas kerjasama pertahanan secara komprehensif. Mengakhiri sesi kunjungan hormat, PTD dan delegasi telah dipersembahkan dengan Singapore Army Corporate Brief menjurus kepada Pelan Strategik SAF 2040 dalam membentuk sebuah angkatan βfuture-ready SAFβ.
Bagi mengukuhkan kerjasama bilateral di peringkat taktikal, PTD dan delegasi turut melawat 3rd Singapore Division (3 Div) di Kem Jurong. PTD telah diberikan taklimat pengenalan kepada formasi Combined Arms Division yang menggabungkan elemen aktif dan Operationally Ready National Servicemen (NS) sebagai teras keupayaan angkatan darat mereka. PTD turut menyaksikan pameran statik platform dan aset peperangan moden SAF antaranya TERREX Infantry Carrier Vehicle (ICV), Hunter Armoured Fighting Vehicle (AFV), Armoured Vehicle-Launched Bridge (AVLB), TPQ-53 Weapon Locating Radar, LEOPARD Main Battle Tank (MBT) dan sistem VELOCE 15 mini-Unmanned Aerial Vehicle (V15 mUAV).
Lawatan kerja rasmi ini jelas memanifestasikan hubungan pertahanan yang kukuh dan komitmen berterusan antara kedua-dua negara. Menyertai liputan penting tahun ini, kedua-dua angkatan tentera turut menyambut ulang tahun ke-30 Eksesais SEMANGAT BERSATU, iaitu latihan bilateral utama antara TDM dan Singapore Army dalam meningkatkan interoperabiliti antara kedua-dua angkatan darat demi mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#DiplomasiPertahanan
#TDMSAF
#SemangatBersatu30th