๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐€๐Š๐Œ), ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ | ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ Delegasi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri hadir kunjungan hormat ke Pejabat Panglima Tentera Darat yang diketuai oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM. Turut hadir YBhg. Datin Hasni binti Zakaria, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil AKM, YBhg. Datin Saliza binti Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKM, dan Encik Khairudin bin Abas, Pengarah Bahagian Eksekutif. YBhg. Jeneral Tan Sri Azhan Bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat bersama-sama YBhg. Puan Sri Noor Ainy binti Haji Mohd Ali, Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat dan Mejer Jeneral Dato' Azudin bin Hassan, Asisten Ketua Staf G1, hadir dalam sesi pertemuan ini. Sesi pertemuan ini telah membuka ruang perkongsian pandangan antara AKM dan Tentera Darat Malaysia berkaitan peranan institusi dalam membentuk masyarakat yang berdaya tahan, berdisiplin serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Selain itu, turut dibincangkan berkaitan kesediaan kedua-dua pihak untuk meneroka inisiatif yang dapat memberi nilai tambah kepada agenda pendidikan kenegaraan dan pembangunan modal insan negara. #AkademiKenegaraanMalaysia #JabatanPeneranganMalaysia #PejabatPerdanaMenteri #MalaysiaMADANI #AkuKasihMalaysia