RAJA PERLIS BERKENAN MENERIMA SEMBAH MENGHADAP PANGLIMA TENTERA DARAT

RAJA PERLIS BERKENAN MENERIMA SEMBAH MENGHADAP PANGLIMA TENTERA DARAT Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman dalam satu majlis yang berlangsung di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, hari ini. Turut berangkat mengiringi baginda ialah DYTM Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah. Sembah menghadap tersebut mencerminkan hubungan erat antara Institusi Diraja Perlis dengan Tentera Darat Malaysia (TDM), sekali gus memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik dalam aspek pertahanan, keselamatan serta kesejahteraan rakyat. Majlis ini turut menjadi platform memperkukuh hubungan antara kepimpinan TDM dan kepimpinan negeri Perlis dalam mendukung agenda pembangunan negara serta memastikan kesiapsiagaan pertahanan sentiasa berada pada tahap tertinggi. Hadir sama Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Muhammad Abdul Halim; Panglima 30 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim; serta Pengarah Rancang Markas Tentera Darat (MKTD-G5), Kolonel Mazuhir Md. Amin. #TenteraDaratMalaysia