PERASMIAN PROJEK NAIK TARAF MASJID THORIQ BIN ZIYAD TENTERA DARAT
Perasmian projek naik taraf Masjid Thoriq Bin Ziyad Tentera Darat yang terletak di Kem Perdana Sungai Besi telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman pada 12 Jun 2026.
Penambahbaikan yang dilaksanakan termasuklah luar dan dalam Masjid serta peralatan sokongan bagi kemudahan jemaah dengan ruang solat yang lebih besar, bilik seminar dan perpustakaan untuk manafaat warga TD. Ianya mencerminkan komitmen berterusan TD dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan rohani warganya sentiasa dipelihara.
Majlis turut diserikan dengan Forum Perdana bersempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-93 bertemakan “Kemahuan Untuk Menang: Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat” dengan ahli Panel terdiri daripada Profesor Adjung Mejar Dr. Hj Muhammad Syukri bin
Hj Zahari Al-Hafiz, Pegawai Agama Markas Garison Kuala Lumpur selaku moderator, Brigedier Jeneral Haji Mohd Jihadi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Agama MK TD dan Profesor Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semoga Masjid Thoriq Bin Ziyad terus menjadi medan penyatuan, pusat penyebaran ilmu dan pemangkin pembentukan warga Tentera Darat yang cemerlang duniawi serta ukhrawi.

