KERJASAMA PERTAHANAN MALAYSIA–AFRIKA SELATAN DIPERKUKUH

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman telah menerima Lawatan Rasmi Lieutenant General Khulekani Mbatha, Chief of the South African Army di Wisma Pertahanan pada 23 Jun 2026. Lawatan rasmi selama enam hari ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta mengeratkan kerjasama pertahanan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Afrika Selatan, khususnya dalam aspek latihan ketenteraan, pertukaran kepakaran dan pembangunan profesional anggota. Kedua-dua delegasi turut membincangkan usaha memperluaskan kerjasama strategik dalam bidang pembangunan keupayaan, pendidikan ketenteraan serta perkongsian pengalaman operasi demi manfaat bersama dan pengukuhan hubungan pertahanan kedua-dua negara. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #KemahuanUntukMenang Lihat Sedikit