DIPLOMASI PERTAHANAN DIPERKASA, TDM TERUS RELEVAN DI PERINGKAT GLOBAL

๐ƒ๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š, ๐“๐ƒ๐Œ ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐‘๐ž๐ฅ๐ž๐ฏ๐š๐ง ๐๐ข ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ703727636_1457255466442916_578837084106250427_n.jpg

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman telah menghadiri Land Forces Pacific Symposium and Exposition (LANPAC) 2026 yang berlangsung bermula 11 hingga 17 Mei 2026 di Honolulu, Hawaii.

Turut hadir bersama PTD ialah Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD), PW 1 Mohamad Fauzi bin A. Rahman yang menyertai Senior Enlisted Leader Forum (SELF) sepanjang program tersebut berlangsung.

Simposium ini membincangkan isu keselamatan serantau serta memperkukuh kerjasama pertahanan antarabangsa dengan bertemakan โ€œPrevailing Through Transformation and Innovationโ€, yang menekankan elemen People, Partnerships, Prevail sebagai teras kesiapsiagaan sebuah angkatan darat yang moden.

Sepanjang program berlangsung, PTD berkesempatan mengadakan beberapa siri pertemuan bilateral bersama rakan sejawat dan delegasi tentera dari Brunei, Filipina, Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Australia. Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh diplomasi pertahanan, memperluas jaringan kerjasama strategik serta bertukar pandangan berkaitan cabaran keselamatan semasa dan pembangunan keupayaan Tentera Darat.

Penglibatan TDM dalam LANPAC 2026 turut membuka ruang dan peluang bagi menilai inovasi dan doktrin ketenteraan moden selaras dengan usaha memperkukuh kesiapsiagaan serta transformasi organisasi demi menghadapi cabaran masa hadapan.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HTD93

#KemahuanUntukMenang