1,236 PERAJURIT MUDA TEMPAH LANGKAH PERTAMA SEBAGAI WARGA TENTERA DARAT MALAYSIA

701306929_1455728846595578_3845636735635817431_n.jpg

Seramai 1,236 perajurit muda lelaki telah menamatkan latihan asas ketenteraan dengan jayanya dalam Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 205/2025 yang berlangsung di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman.

Kesemua perajurit muda ini memulakan latihan pada 25 November 2025. Sepanjang tempoh latihan, mereka telah melalui pelbagai modul yang menuntut ketahanan fizikal, disiplin tinggi serta kekuatan mental sebelum berjaya bergelar warga Tentera Darat Malaysia yang sentiasa berpegang teguh kepada nilai keberanian, kesetiaan dan profesionalisme.

Dalam perbarisan ini, Panglima Tentera Darat turut menyampaikan anugerah kepada perajurit muda terbaik dalam pelbagai kategori iaitu:

  • Anugerah Keseluruhan Terbaik: Perajurit Muda Mohd Khairul Faris bin Latif.
  • Anugerah Ketenteraan Terbaik: Perajurit Muda Veiter Mark Pindah.
  • Anugerah Kawad Terbaik: Perajurit Muda Muhammad Sufi bin Salim.
  • Anugerah Akademik Terbaik: Perajurit Muda Agustine Dris Anak Jabat.
  • Anugerah Kecergasan Jasmani Terbaik: Perajurit Muda Muhammad Adam Haris bin Rusli.

Selain kecemerlangan individu, Kompeni Golf turut mencipta kejayaan tersendiri apabila diumumkan sebagai Kompeni Keseluruhan Terbaik bagi Siri 205/2025, sekali gus membuktikan tahap disiplin, semangat berpasukan dan komitmen tinggi yang dipamerkan sepanjang latihan.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HTD93

#KemahuanUntukMenang

Lihat Sedikit