
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datoโ Azhan bin Hj Md Othman telah mengetuai delegasi Tentera Darat Malaysia ke ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ yang berlangsung dari 5 hingga 9 Mei 2026 di Istanbul Expo Center, Istanbul, Tรผrkiye.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Darat Malaysia dalam menelusuri perkembangan teknologi pertahanan mutakhir di peringkat global, merangkumi sistem persenjataan darat, laut dan udara, teknologi dron, radar, komunikasi taktikal, kecerdasan buatan (AI), sistem autonomi serta keselamatan siber. Lawatan ini turut membuka ruang strategik kepada delegasi untuk menjalin jaringan kerjasama yang lebih erat dengan pemain industri pertahanan antarabangsa, selaras dengan aspirasi pemodenan dan transformasi keupayaan Angkatan Tentera Malaysia.
Sebagai kemuncak lawatan, Panglima Tentera Darat telah menghadiri majlis pemeteraian dan menandatangani ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฌ ๐จ๐ ๐๐๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ (๐๐จ๐) antara Tentera Darat Malaysia dan ๐๐ฎ๐ซ๐ค๐ข๐ฌ๐ก ๐๐๐ง๐ ๐ ๐จ๐ซ๐๐๐ฌ. Dokumen bersejarah ini menjadi wahana rasmi yang menginstitusikan kerangka kerjasama strategik dua hala secara lebih tersusun, komprehensif dan berimpak tinggi.
Pemeteraian ToR tersebut menandakan lembaran baharu dalam hubungan pertahanan antara kedua-dua angkatan darat, khususnya dalam bidang latihan ketenteraan, pendidikan profesional, pertukaran kepakaran, pembangunan doktrin, kerjasama operasi serta pemerkasaan keupayaan sumber manusia. Inisiatif ini diyakini akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih dinamik, progresif dan berorientasikan masa hadapan.
Kehadiran Panglima Tentera Darat ke SAHA EXPO 2026 bukan sahaja memperkukuh hubungan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan Tรผrkiye, malah menzahirkan iltizam teguh Tentera Darat Malaysia untuk terus memperkasa kesiagaan, keupayaan tempur dan kebolehoperasian angkatan melalui penerokaan teknologi canggih serta kerjasama strategik antarabangsa yang berterusan.
Lihat Sedikit

