WANITA BERWIBAWA PEMACU KEUNGGULAN TENTERA DARAT

679799975_1434840688684394_8683765452185541475_n.jpg

Majlis Perasmian Hari Wanita Tentera Darat Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Haji Md Othman bertempat di Auditorium, Kementerian Pertahanan pada 24 April 2026. Turut hadir barisan kepimpinan tertinggi Tentera Darat serta Kolonel Suhaila binti Dahalan selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat.

Penganjuran program ini bertujuan menghargai peranan dan sumbangan wanita dalam Tentera Darat di samping memperkukuh penglibatan mereka dalam menyokong kecemerlangan organisasi. Ia juga menjadi platform memperkasa wanita agar terus berdaya saing dan berwibawa dalam melaksanakan tugas.

Bertemakan “Wanita Berwibawa, Pendorong Keunggulan Tentera Darat”, majlis ini turut diserikan dengan persembahan drumline Brass Band Wanita Rejimen Semboyan Diraja yang julung kalinya dipersembahkan sempena sambutan ini. Persembahan tersebut mencerminkan keupayaan dan semangat tinggi anggota wanita dalam mengharumkan nama Tentera Darat.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HTD93

#KemahuanUntukMenang