MAJLIS PELANCARAN ARMY RUN 2026 SEMPENA HARI TENTERA DARAT KE-93

677618159_1434530452048751_5476983237245372366_n.jpg

Tentera Darat Malaysia telah melancarkan Army Run 2026 dalam satu majlis rasmi yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Penganjuran sulung ini diadakan bersempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-93.

Program ini dianjurkan sebagai inisiatif menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta merapatkan hubungan antara warga tentera dan masyarakat. Ia juga bertujuan mempromosikan penyertaan kepada orang awam agar bersama-sama menyertai aktiviti kecergasan anjuran TDM. Army Run 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2026 di Dataran Wawasan, Putrajaya dengan sasaran 6000 peserta.

Acara ini menawarkan tiga kategori larian iaitu 5km, 10km dan 21km yang menepati piawaian antarabangsa. Selain itu, pelbagai pengisian menarik termasuk cabutan bertuah dan aktiviti sampingan turut disediakan bagi memeriahkan program kepada semua peserta.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HTD93

#KemahuanUntukMenang

#ArmyRun2026