
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman telah mengadakan lawatan ke pameran industri pertahanan sempena Defence Services Asia (DSA) & National Security (NATSEC) Asia 2026 bagi meninjau teknologi dan aset terkini serta memperkukuh keupayaan Tentera Darat Malaysia. Lawatan ini membantu TDM memahami perkembangan semasa industri dan trend peperangan moden.
Sepanjang lawatan, PTD meneliti pelbagai inovasi termasuk kenderaan perisai, sistem persenjataan dan teknologi sokongan operasi, di samping berinteraksi dengan wakil industri bagi mendapatkan gambaran jelas potensi penggunaan dalam operasi TD.
Penglibatan TD dalam DSA & NATSEC Asia 2026 turut membuka peluang kerjasama strategik, memperkukuh jaringan serta menyokong pembangunan keupayaan yang lebih relevan dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan.

