MEMACU INFRASTRUKTUR, MENJAMIN KEBAJIKAN WARGA TENTERA DARAT

 668151222_1422612399907223_6607989943450470977_n.jpg

Selaras dengan aspirasi memperkukuh keupayaan serta kesejahteraan warga Tentera Darat, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman telah mengiringi Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dalam tinjauan ke beberapa tapak Projek Pembinaan Kem dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di kawasan tanggungjawab Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD).

Tinjauan ini bertujuan menilai secara langsung perkembangan semasa projek di samping menerima taklimat terperinci berkaitan kemajuan fizikal dan prestasi kewangan daripada pihak pelaksana. Projek ini merangkumi pembinaan kem, pelbagai kategori kuarters serta kemudahan sokongan yang dirancang secara menyeluruh bagi memperkukuh kebajikan dan meningkatkan kesejahteraan warga PMTTD serta keluarga.

Dalam sesi tinjauan tersebut, MENHAN menegaskan kepentingan pemantauan rapi, pematuhan jadual serta kawalan kualiti yang konsisten bagi memastikan projek disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HTD93

#KemahuanUntukMenang