
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman dan delegasi telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau kesiagaan kawalan sempadan Op Keris Parang Sektor A.
Lawatan ini bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan kawalan sempadan disamping melihat keadaan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sedang beroperasi agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
Sepanjang lawatan, PTD telah menerima taklimat operasi daripada pegawai memerintah selain meninjau keadaan pos kawalan. PTD turut berkesempatan menyantuni pegawai dan anggota dengan menyampaikan sumbangan beg raya dan kotak rezeki sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka.

