MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT

656649117_1410036847831445_8431511518996443939_n.jpg

Jeneral Dato’ Azhan bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat telah menyempurnakan acara Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Pejabat PTD hari ini.

Seramai tiga pegawai kanan telah dinaikkan pangkat iaitu BrigediarJeneral Dato’ Mohd Rafi Muhammad yang dinaikkan ke Mejar Jeneral dan menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf G3/G7, Markas Tentera Darat; Kolonel Abdul Razak Haron dinaikkan ke Brigedier Jeneral dan menjawat jawatan sebagai Panglima Briged Kelima Infantri; serta Leftenan Kolonel Maslina Abu Said dinaikkan pangkat Kolonel dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Siasatan Jenayah, Cawangan Siasatan Jenayah, Bahagian Provos Marsyal Tentera Darat.

Kenaikan pangkat ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan Tentera Darat Malaysia terhadap kewibawaan dan komitmen mereka terhadap perkhidmatan.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HariTenteraDarat93

#HTD93

#HUTTD93

#ArmyRun2026