MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT HARI RAYA AIDILFITRI PANGLIMA TENTERA DARAT TAHUN 2026/1447H

651726404_1400233955478401_5418037391639093299_n.jpg

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 | 1447H, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman telah menyampaikan pesanan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada warga Markas Tentera Darat Malaysia (TDM).

PTD menasihati agar setiap anggota sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan diri sepanjang musim perayaan.

Beliau berharap seluruh warga TDM dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran bersama keluarga tersayang, namun dalam masa yang sama terus mengekalkan tahap disiplin, kesiapsiagaan dan profesionalisme sebagai warga TDM.

Dalam masa yang sama beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan pengorbanan warga TDM yang bertugas dan terus melaksanakan tanggungjawab walaupun dalam suasana sambutan perayaan.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HariTenteraDarat93

#HTD93

#HUTTD93

#ArmyRun2026