MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN PENYAMPAIAN PISAU TEMPUR PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT

650255993_1399705122197951_7986302280323041829_n.jpg

Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Pisau Tempur Pegawai Kanan Tentera Darat telah diadakan pada 12 Mac 2026 di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi dan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman. Seramai 38 orang pegawai telah dinaikkan pangkat melibatkan 2 Brigedier Jeneral ke Mejar Jeneral, 5 Kolonel ke Brigedier Jeneral, 10 Leftenan Kolonel ke Kolonel dan 21 Mejar ke Leftenan Kolonel.

Selain itu, 18 orang pegawai kanan Tentera Darat turut menerima Pisau Tempur Pegawai Kanan Tentera Darat sebagai simbol kepimpinan, keberanian dan tanggungjawab dalam menerajui organisasi serta memperkukuh kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia.

Majlis ini mencerminkan penghargaan terhadap jasa dan komitmen para pegawai dalam memastikan Tentera Darat Malaysia terus kekal sebagai sebuah angkatan yang profesional, berwibawa dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HariTenteraDarat93

#HTD93

#HUTTD93

#ArmyRun2026