MAJLIS KHATAM AL-QURAN TD 1447H / 2026M

649012438_1398690622299401_1376057172848107239_n.jpg

Lebih 500 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia berhimpun di Masjid Khalid Al-Walid bagi menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Tentera Darat 1447H/2026M. Majlis ini menekankan penghayatan Al-Quran sebagai sumber kekuatan rohani dan panduan hidup dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa, dan negara.

Turut hadir dalam majlis ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Dato’ Azhan bin Haji Md Othman dan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Datin Noor Ainy binti Hj Mohd Ali yang turut menyampaikan cenderahati kepada peserta Tadarus .

Penganjuran majlis ini mencerminkan semangat kebersamaan serta menekankan bahawa kekuatan angkatan tentera terletak pada iman dan pegangan teguh terhadap ajaran Al-Quran.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HariTenteraDarat93

#HTD93

#HUTTD93

#ArmyRun2026