MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI PERTAHANAN BERSAMA WARGA TENTERA DARAT & PROGRAM JELAJAH WIRA MARDANI 2026

  1. 645631169_1391948272973636_2044805107081628236_n.jpg

Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Tentera Darat Malaysia sempena Program Jelajah Wira Madani Tahun 2026 berlangsung dalam suasana penuh muhibah, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan antara kepimpinan tertinggi pertahanan negara dan seluruh warga tentera.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin sebagai platform merapatkan silaturahim serta menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan warga Tentera Darat Malaysia dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Turut mengiringi beliau, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman yang menegaskan komitmen berterusan kepimpinan dalam memperkukuh kesiapsiagaan organisasi selari dengan aspirasi pertahanan negara.

Pengisian majlis merangkumi sesi interaksi bersama anggota, penyampaian sumbangan kebajikan serta pelaksanaan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja menyuburkan ukhuwah, malah menjadi simbol penghargaan kerajaan terhadap jasa warga tentera, selaras dengan aspirasi Madani yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan kebersamaan dalam membina organisasi yang berdaya tahan serta profesional.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#HariTenteraDarat93

#HTD93

#HUTTD93

#ArmyRun2026