
Markas Tentera Darat - Bahagian Sumber Manusia (G1) telah menganjurkan Program Continuous Professional Development (CPD) Talk Siri 1/2026 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan pada 26 Februari 2026.
Ceramah bertajuk “Kejuruteraan Biokimia Dalam Pembangunan Keupayaan Operasi Ketenteraan Masa Hadapan” telah disampaikan oleh YBhg Leftenan Kolonel Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Ceramah ini memberi pemahaman asas bahan letupan seperti dynamite dan explosive materials bagi memahami prinsip tenaga, kestabilan dan kawalan risiko. Selain itu, penceramah juga menerangkan bagaimana inovasi mobile ultrasonic extraction system dapat meningkatkan kecekapan pemprosesan bahan dan penyelenggaraan aset bagi menyokong keperluan operasi lapangan.
Kepentingan pengetahuan biokimia dalam pertahanan Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear (CBRN) meliputi pengesanan ancaman, pengurusan kontaminasi dan pengoptimuman Personal Protective Equipment (PPE) juga ditekankan dalam ceramah ini. Aspek pengurusan risiko operasi pula dihuraikan melalui kerangka army risk management yang merangkumi countermeasures perubatan, latihan simulasi dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman bioterorisme.
Program CPD ini diharap dapat memberikan nilai tambah kepada pembangunan profesionalisme warga ATM. Inisiatif ini berupaya memperkukuh literasi sains dan teknologi serta menyokong agenda transformasi Angkatan Masa Hadapan.
Program ini telah dihadiri secara fizikal oleh 316 peserta terdiri daripada 90 Pegawai, 182 anggota LLP dan 44 kakitangan awam. Manakala 85 peserta hadir dalam talian melalui siaran FB Live. Turut hadir ialah Brigedier Jeneral Meor Anas bin Meor Ahmad, Ketua Pengarah Dasar & Pembangunan, Markas Tentera Darat - Bahagian Sumber Manusia (G1) dan YBhg Encik Mohd Khairuzaki bin Paiman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MINDEF.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

