
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah perkenan berangkat ke Majlis Kurniaan Keluarga DiRaja Sultan Kedah dan Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat sebagai tanda sokongan Tentera Darat Malaysia terhadap institusi diraja dan kepimpinan negeri.
Majlis ini menyaksikan pengurniaan kotak bantuan makanan kepada penerima yang layak melibatkan 1,200 kotak untuk diagihkan ke 12 daerah di Negeri Kedah. Program yang berlangsung dalam suasana penuh sederhana dan bermakna itu turut diisi dengan majlis berbuka puasa serta solat berjemaah, mencerminkan keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam membantu golongan yang memerlukan.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

