
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah perkenan menerima sembah mengadap Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat (PTD) di Balai Mengadap Kecil, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Sembah mengadap ini merupakan julung kalinya selepas dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31.
Sembah mengadap tersebut menjadi manifestasi hubungan erat antara institusi diraja dan Tentera Darat Malaysia dalam memastikan aspek keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Dalam pertemuan tersebut, PTD turut mempersembahkan perkembangan semasa berkaitan kesiapsiagaan pasukan dan hala tuju strategik TDM, di samping menjunjung kasih atas sokongan serta keprihatinan berterusan Kebawah DYMM Tuanku terhadap warga Tentera Darat.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

