IHYA RAMADAN PERKUKUH JIWA PERWIRA: PENGISIAN ROHANI SANTUNI WARGA TENTERA DARAT

CERAMAH IHYA RAMADHAN DALAM

Tentera Darat Malaysia telah menganjurkan Majlis Ihya Ramadan yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan pada hari ini yang turut dihadiri oleh Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat.

Majlis tersebut menampilkan ceramah bertajuk “Ramadhan: Medan Latihan Seorang Perwira” yang telah disampaikan oleh Dato’ Prof Dr Hj Mohd. Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS). Program ini jelas mencerminkan komitmen berterusan TDM dalam mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pengisian rohani yang bermanfaat.

Intipati ceramah menekankan bahawa puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya merupakan satu medan latihan spiritual yang membentuk disiplin, kesabaran dan ketakwaan seorang perwira. Ramadan menjadi ruang terbaik untuk memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui pelaksanaan ibadah secara konsisten termasuk solat lima waktu, membaca al-Quran, memperbanyakkan doa serta meningkatkan amal kebajikan. Nilai-nilai ini amat bertepatan dengan jati diri seorang anggota tentera yang menuntut kekuatan fizikal dan spiritual secara seimbang.

Majlis Ihya Ramadan ini memberi manfaat besar kepada pegawai dan anggota beragama Islam dalam memahami erti sebenar ibadah puasa serta hikmah di sebalik tuntutan Ramadan. Pengisian sebegini bukan sahaja menyuburkan jiwa, malah memperkukuhkan lagi semangat pengorbanan dan kesetiaan dalam melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan negara.

#TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara

#IhyaRamadan