
Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman telah menghadiri Perbarisan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Ke-24 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Ke-24, Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman bertempat di Kem Perdana Sungai Besi pada 16 Februari 2026. Perbarisan tersebut berlangsung dengan konsep perbarisan tempur statik yang menzahirkan komitmen dan kesepaduan warga Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Seramai 30 Pegawai dan 730 Anggota Lain-Lain Pangkat daripada tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia termasuk elemen pasukan khas setiap perkhidmatan terlibat dalam perbarisan ini. Penglibatan menyeluruh ini mencerminkan tahap kesiapsiagaan, profesionalisme serta semangat kesepaduan tinggi dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia.
Dalam ucapan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Ke-24 menegaskan tujuh penekanan utama merangkumi peningkatan kesiagaan dan keupayaan tempur, pemerkasaan modal insan, pemantapan tadbir urus serta integriti, kebajikan warga ATM, pengukuhan sinergi antara perkhidmatan, pemodenan serta pendigitalan aset, dan pengukuhan hubungan strategik pertahanan. Keseluruhan amanat tersebut menjadi panduan hala tuju ATM untuk terus kekal relevan, berwibawa dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran keselamatan masa kini dan hadapan.
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

